Thursday, February 23, 2006

Luahan hatiku. Hatiku kian sangat gelisah kerana kotak fikiranku sedang terganggu. Banyak soalan sedang dimainkan dan saya tidak dapat menjawab kesemuanya. Soalan seperti, 'Patutkah aku ke hoki hari ini?' 'Patutkah ke aku ke MCS hari ini?' atau 'Patutkah aku pulang ke rumah kerana tubuh badanku tidak begitu sihat hari ini' AHH! Sungguh membingungkan! Ibuku menyuruhku berehat di rumah tadi pagi sebelum aku ke sekolah, tetapi aku degil. Aku tetap ke sekolah dan akhirnya aku terlambat. Malangnya lagi, aku memakai kemeja polo hitamku walaupun sebetulnya aku patut memakai seragam penuh. Aku terlupa yang hari ini hari Rabu. Maklumlah, semalam aku mendapat MC dan terpaksa rehat di rumah, dengan itu aku terlupa bahawa esoknya hari Rabu bukan Selasa. Aku semakin hari semakan menjadi pelupa.

Badanku terasa sungguh penat . Aku asyik bersin sahaja dari tadi. Rasanya sangatlah rimas. Hidungku sumbat dengan hingus yang tidak henti-henti mengalir. Sungguh menggelikan tetapi apa yang boleh aku lakukan? Aku hanya mampu menghembus dan mengelapnya. Aku asyik menyumbat hidungku dengan tisu supaya hingusku tidak mengalir. Setiap kali aku membuat demikian, rakanku disebelahku akan tertawa, aku pun ikut tertawa. Aku dikatakan seperti orang gila.

Rakanku Warda tidak ke sekolah pada hari ini. Aku mendapat tahu yang dia masih sakit. Saya memerhatikan bahawa ramai orang asyik jatuh sakit sahaja. Aku jatuh sakit pada hari Isnin minggu ini, Atiqah mendapat demam panas pada minggu lepas dan ramai lagi rakan sedarjah saya jatuh sakit. Agaknya sedang musim orang jatuh sakit. Aku pula tidak sanggup jatuh sakit kerana aku akan ketinggalan banyak pelajaran jika aku tidak ke sekolah. Itulah salah satunya kekurangan Program Bersepadu ini. Tetapi mungkin itu juga sebab-sebab ramai rakan-rakan aku jatuh sakit, kerana mereka rasa tertekan seperti aku.

Inilah kali pertama saya mereka sebuah blog berbahasa melayu. Sesuatu yang baru untuk aku. Baiklah, hingga sekian sahaja entri aku untuk kali ini. Maklumlah, aku ini sibuk orangnya.

Tuesday, February 21, 2006

SELAMAT DATANG KE BLOGKU!