Tuliskan renungan kamu tentang pertandingan bola sepak Piala Dunia baru berakhir.
Berlalu sudah Piala Dunia. Dan inilah masanya untuk saya, sebagai seorang pelajar Akademi Temasek untuk memberi sedikit seberapa renungan tentang pertandingan bola sepak, yang telah menjadi topik perbualan yang hangat antara rakan-rakan saya.
Secara keseluruhan, menarik sungguh pertandingan bola sepak yang telah berlalu ini. Empat tahun sekali hadirnya Piala Dunia. Ia tentu dijadikan sesuatu yang dinanti-nantikan peminat bola sepak, serta sekali-sekala masanya untuk kaum wanita mencuci mata dengan melihat lelaki-lelaki yang kacak-kacak belaka menunjukkan bakat terserlah mereka dalam bola sepak. Tentunya nama-nama seperti C. Ronaldo, David Beckham dan sebagainya akan disebut-sebut apabila topik Piala Dunia diperbualkan.
Kesal sungguh saya, tidak dapat menonton pertandingan terakhir antara negara Perancis dan Itali. Penat sungguh saya pada malam itu.Tertidur nyenyak saya pada malam yang di mana pertandingan terakhir itu ditayangkan.Dinantikan sungguh pertandingan itu, malangnya saya terlalu penat dan tertidur lenyak beberapa minit sebelum permainannya bermula.
Saya tidak berapa berminat dalam bola sepak kerana saya tidak gemar melihat orang berlari-lari, mengejar sebutir bola, dan selepas bola itu didapati, ia ditendang semula. Sungguh kelakar sekali permainan ini dimainkan. Selama pertandingan ini, saya hanya dapat menonton satu atau dua perlawanan semasa saya berada di Malaysia, tidak salah saya perlawanan antara Amerika Syarikat dengan satu lagi negeri, tidak silap saya, Ivory Coast? (Betulkan diri saya jika saya tersilap).
Tentunya ramai bakat telah dikemukakan, dan idola-idola yang baru akan ditemu.
Tetapi, saya juga dapat melihat perlawanan yang tidak adil. Geram sungguh saya melihat. Kadangkala negari-negeri yang lebih miskin, yang bertanding dalam Piala Dunia menjadi mangsa. Saya berpendapat demikian kerana dalam satu perlawanan, negeri A telah membuat kesilapan tetapi dia tidak ditegur, tetapi negeri B juga membuat kesilapan yang sama, dan peliknya, dia ditegur.
Sungguh kagum saya melihat kumpulan-kumpulan dari negeri-negeri yang lain, yang berlainan bangsa, bahasa dan warna kulit berkumpul di Jermani hanya untuk bermain bola sepak. Tidak semua perlawanan yang saya menyaksikan, tetapi ia tetap menjadi sesuatu yang menarik pada diri saya
Monday, July 10, 2006
Subscribe to:
Posts (Atom)