Setelah dua minggu menduduki kelas elektif bersama cikgu elina dan cikgu yanti, saya telah diselami maklumat-maklumat tentang kedatangan dan asal Melayu. Secara keseluruhannya, saya telah mempelajari secara mendalam tentang bangsa saya sendiri. Kini saya tidak akan digelar katak di bawah tempurung jika saya ditanyakan soalan tentang asal usul Melayu, kerana kemungkinan besar saya dapat menjawab soalan itu.
Pada permulaan minggu elektif, saya telah menduduki beberapa sesi teori tentang Melayu. Ada pelbagai teori yang mengatakan bahawa Melayu datangnya dari daerah Utara atau Selatan. Saya tidak sangka yang orang Melayu boleh berasal dari Cina, kerana kami tidak sebiji pun ada persamaan pada wajah kami. Tetapi jika kami dikatakan datang dari daerah Indonesia, ia lebih masuk akal.
Semasa elektif ini, saya telah mengunjungi Perpustakaan Negara pada minggu yang pertama. Di sana, saya telah diberikan lebih pendapat tentang kedatangan bahasa Melayu dan tulisan yang digunakan sebelum kemodenan. Pameran yang telah kami kunjungi itu ialah pameran Aksara. Di sana, kami dikemukakan kepada banyak bahan artifek yang telah dibawa khas dari Muzium Indonesia, sempena pameran ini. Malangnya, kamera tidak dapat dibawa masuk. Jika tidak, saya pastinya akan memetik benda-benda yang menarik yang saya lihat.
Pada minggu kedua pula, kami dikehendaki membuat pembentangan tentang Orang Melayu di tanah lain, selain daripada kepulauan Melayu. Ini termasuk Thailand Selatan, Madagascar, Cocos Island dan sebagainya. Kumpulan saya telah membentangkan tentang Thailand Selatan. Pengkajiannya sangatlah susah kerana terdapat banyak pendapat dan unsur sejarah yang kami harus membaca dan memahami. Namun, kami tetap dapat mendapatkan maklumat yang tepat.
Semasa sesi pembentangan, saya telah mempelajari bahawa orang Melayu boleh didapati sejauh Maldives dan juga Christmas Island. Walaupun mereka dikatakan Melayu seperti mereka di Madagascar, orang Melayu di sana tidak mempraktikkan adapt-adat Melayu kerana mereka telah memilih untuk mengikut adat tanah itu sendiri. Walaubagaimanapun, mereka yang berada di Thailand Selatan masih kuat mempertahankan identiti kemelayuan mereka sehingga terjadinya kekecohan dan pergaduhan antara rakyat dan pemerintah.
Akhir sekali, elektif ini telah mengajar saya sejauh mana seseorang itu boleh digelar sebagai orang Melayu. Pada pendapat saya, seorang itu boleh memanggil dirinya seorang Melayu jika wujudnya darah orang Melayu dalam sejarahnya ataupun dia dianggap seorang melayu jika diterima sebagai seorang Melayu oleh masyarakatnya.
Saya berasa sangat bertuah kerana diberi peluang mengunjungi pulau Bintan sempena program elektif ini. Pemergian ke Bintan selama tiga hari dua malam itu berlalu dengan begitu pantasnya.
Pada pagi hari Jumaat tanggal 9 Mac jam 8 pagi, saya telah berkumpul bersama yang lain di Tanah Merah Ferry Terminal.
Pada hari yang pertama, sejurus kami tiba di Pulau Bintan setelah lebih dari sejam manaiki bot Wavemaster, kami menuju ke Pulau Penyengat menaiki bot.
Tiba di sana, kami menaiki beca mengelilingi kampung itu untuk menziarahi makam-makam yang terdapat di sana. Selain daripada itu, kami juga dapat melihat(dari luar) masjid yang telah dibina menggunakan putih telur.
Menurut Encik Razali(tour guide kami) dan Pak Sorry(naib tour guide), pulau Penyengat ada pantang larangnya. Apabila kami berada di sana, kami harus menjaga percakapan dan kelakuan kami. Kami dilarang mengambil barang-barang kutipan tanpa meminta izin. Bukan itu sahaja, menurutnya lagi, ada cerita disebalik pantang larang ini. Ia berbalik kepada sejarah pulau bintan itu sendiri. Menurutnya, apablia laksamana bintan membunuh sultan di kota tinggi, sultan telah menjatuhkan sumpahan kepada laksamana bintan dan tujuh keturunannya yang akan datang bahawa mereka tidak dibenarkan menjejaki kota tinggi. Sumpahan yang sama juga telah dijatuhkan kepada sultan dan tujuh keturunannya yang akan datang. Apabila keturunan sultan ataupun laksamana melanggar sumpahan masing-masing, malang akan dijatuhkan padanya.
Setelah mengelilingi Pulau Penyengat dengan menaiki beca motor, kami pulang ke Pulau Bintan dan terus menuju ke tempat makan untuk makanan tengahari. Kami dihidangkan makanan Sundanese yang enak-enak sekali. Antara hidangan yang disediakan adalah Ikan Gurame dan Tempe goreng.
Setelah puas makan, kami menaiki sekali lagi menaiki minibus, kali ini ke kuil cina di Senggarang. Perjalanannya selama sejam. Di sana, saya dapat melihat patung-patung yang tinggi-tinggi belaka serta kuilnya yang merah dan besar. Menurut Encik Razali, kuil itu adalah yang tertua di sana.
Selesai mengelilingi kuil itu, kami duduk minum air kelapa. Saya menjadi seronok mengupas isi kelapa yang tebal sekali. Enak sungguh.
Kami kemudian mengunjungi kuil yang dikatakan mempunyai keajaiban. Keisitmewaan kuil ini ialah ia “dipeluk” oleh pokok bayan, tidak salah saya. Saya sangat kagum melihat kuil itu kerana pokok bayan yang memeluk kuil itu tetap dapat hidup walaupun kuil itu menghadangnya. Sungguh menakjubkan.
Kami menamat hari yang pertama dengan membeli barang keperluan di sebuah mini-market yang menjual barang-barang dengan harga yang murah-murah! Setelah itu, kami ke hotel untuk meletak beg-beg kami, sebelum ke makan malam.
Kami kemudian menjamu selera di Restoran Shang Ri La dengan hidangan makanan laut yang enak sekali. Di antara makanan yang dihidangkan ialah siput gong-gong, udang goring, sayur kang kung dan banyak lagi. Saya perhatikan kami asyik bermakan sahaja.
Keesokan hari pula, kami ke SMU 2 berdekatan dengan hotel. Itulah masanya kami akan menari di hadapan khalayak ramai. Saya berasa sangat ghairah dan malu untuk berdepan dengan mereka di sana. Tetapi, saya salah sangka. Persembahan kami berjalan dengan lancar.
Kami di bawa keliling sekolah dan memasuki kelas untuk melihat bagaimana murid-murid di sana belajar. Sambil kami menyelam, kami minum air. Saya pula mengambil perluang untuk berkenalan dengan murid-murid di sana. Mereka sangat peramah dan seronok untuk bercakap dengan. Kami tidak berlengah-lengah untuk bertukar emel dan mengambil gambar.
Pada keseluruhannya, saya rasa sangat seronok ke Bintan dan saya telah mempelajari banyak tentang pulau itu.
Monday, March 19, 2007
Subscribe to:
Posts (Atom)