Monday, March 19, 2007

Setelah dua minggu menduduki kelas elektif bersama cikgu elina dan cikgu yanti, saya telah diselami maklumat-maklumat tentang kedatangan dan asal Melayu. Secara keseluruhannya, saya telah mempelajari secara mendalam tentang bangsa saya sendiri. Kini saya tidak akan digelar katak di bawah tempurung jika saya ditanyakan soalan tentang asal usul Melayu, kerana kemungkinan besar saya dapat menjawab soalan itu.

Pada permulaan minggu elektif, saya telah menduduki beberapa sesi teori tentang Melayu. Ada pelbagai teori yang mengatakan bahawa Melayu datangnya dari daerah Utara atau Selatan. Saya tidak sangka yang orang Melayu boleh berasal dari Cina, kerana kami tidak sebiji pun ada persamaan pada wajah kami. Tetapi jika kami dikatakan datang dari daerah Indonesia, ia lebih masuk akal.

Semasa elektif ini, saya telah mengunjungi Perpustakaan Negara pada minggu yang pertama. Di sana, saya telah diberikan lebih pendapat tentang kedatangan bahasa Melayu dan tulisan yang digunakan sebelum kemodenan. Pameran yang telah kami kunjungi itu ialah pameran Aksara. Di sana, kami dikemukakan kepada banyak bahan artifek yang telah dibawa khas dari Muzium Indonesia, sempena pameran ini. Malangnya, kamera tidak dapat dibawa masuk. Jika tidak, saya pastinya akan memetik benda-benda yang menarik yang saya lihat.

Pada minggu kedua pula, kami dikehendaki membuat pembentangan tentang Orang Melayu di tanah lain, selain daripada kepulauan Melayu. Ini termasuk Thailand Selatan, Madagascar, Cocos Island dan sebagainya. Kumpulan saya telah membentangkan tentang Thailand Selatan. Pengkajiannya sangatlah susah kerana terdapat banyak pendapat dan unsur sejarah yang kami harus membaca dan memahami. Namun, kami tetap dapat mendapatkan maklumat yang tepat.

Semasa sesi pembentangan, saya telah mempelajari bahawa orang Melayu boleh didapati sejauh Maldives dan juga Christmas Island. Walaupun mereka dikatakan Melayu seperti mereka di Madagascar, orang Melayu di sana tidak mempraktikkan adapt-adat Melayu kerana mereka telah memilih untuk mengikut adat tanah itu sendiri. Walaubagaimanapun, mereka yang berada di Thailand Selatan masih kuat mempertahankan identiti kemelayuan mereka sehingga terjadinya kekecohan dan pergaduhan antara rakyat dan pemerintah.

Akhir sekali, elektif ini telah mengajar saya sejauh mana seseorang itu boleh digelar sebagai orang Melayu. Pada pendapat saya, seorang itu boleh memanggil dirinya seorang Melayu jika wujudnya darah orang Melayu dalam sejarahnya ataupun dia dianggap seorang melayu jika diterima sebagai seorang Melayu oleh masyarakatnya.

Saya berasa sangat bertuah kerana diberi peluang mengunjungi pulau Bintan sempena program elektif ini. Pemergian ke Bintan selama tiga hari dua malam itu berlalu dengan begitu pantasnya.

Pada pagi hari Jumaat tanggal 9 Mac jam 8 pagi, saya telah berkumpul bersama yang lain di Tanah Merah Ferry Terminal.
Pada hari yang pertama, sejurus kami tiba di Pulau Bintan setelah lebih dari sejam manaiki bot Wavemaster, kami menuju ke Pulau Penyengat menaiki bot.
Tiba di sana, kami menaiki beca mengelilingi kampung itu untuk menziarahi makam-makam yang terdapat di sana. Selain daripada itu, kami juga dapat melihat(dari luar) masjid yang telah dibina menggunakan putih telur.

Menurut Encik Razali(tour guide kami) dan Pak Sorry(naib tour guide), pulau Penyengat ada pantang larangnya. Apabila kami berada di sana, kami harus menjaga percakapan dan kelakuan kami. Kami dilarang mengambil barang-barang kutipan tanpa meminta izin. Bukan itu sahaja, menurutnya lagi, ada cerita disebalik pantang larang ini. Ia berbalik kepada sejarah pulau bintan itu sendiri. Menurutnya, apablia laksamana bintan membunuh sultan di kota tinggi, sultan telah menjatuhkan sumpahan kepada laksamana bintan dan tujuh keturunannya yang akan datang bahawa mereka tidak dibenarkan menjejaki kota tinggi. Sumpahan yang sama juga telah dijatuhkan kepada sultan dan tujuh keturunannya yang akan datang. Apabila keturunan sultan ataupun laksamana melanggar sumpahan masing-masing, malang akan dijatuhkan padanya.

Setelah mengelilingi Pulau Penyengat dengan menaiki beca motor, kami pulang ke Pulau Bintan dan terus menuju ke tempat makan untuk makanan tengahari. Kami dihidangkan makanan Sundanese yang enak-enak sekali. Antara hidangan yang disediakan adalah Ikan Gurame dan Tempe goreng.

Setelah puas makan, kami menaiki sekali lagi menaiki minibus, kali ini ke kuil cina di Senggarang. Perjalanannya selama sejam. Di sana, saya dapat melihat patung-patung yang tinggi-tinggi belaka serta kuilnya yang merah dan besar. Menurut Encik Razali, kuil itu adalah yang tertua di sana.

Selesai mengelilingi kuil itu, kami duduk minum air kelapa. Saya menjadi seronok mengupas isi kelapa yang tebal sekali. Enak sungguh.

Kami kemudian mengunjungi kuil yang dikatakan mempunyai keajaiban. Keisitmewaan kuil ini ialah ia “dipeluk” oleh pokok bayan, tidak salah saya. Saya sangat kagum melihat kuil itu kerana pokok bayan yang memeluk kuil itu tetap dapat hidup walaupun kuil itu menghadangnya. Sungguh menakjubkan.

Kami menamat hari yang pertama dengan membeli barang keperluan di sebuah mini-market yang menjual barang-barang dengan harga yang murah-murah! Setelah itu, kami ke hotel untuk meletak beg-beg kami, sebelum ke makan malam.

Kami kemudian menjamu selera di Restoran Shang Ri La dengan hidangan makanan laut yang enak sekali. Di antara makanan yang dihidangkan ialah siput gong-gong, udang goring, sayur kang kung dan banyak lagi. Saya perhatikan kami asyik bermakan sahaja.

Keesokan hari pula, kami ke SMU 2 berdekatan dengan hotel. Itulah masanya kami akan menari di hadapan khalayak ramai. Saya berasa sangat ghairah dan malu untuk berdepan dengan mereka di sana. Tetapi, saya salah sangka. Persembahan kami berjalan dengan lancar.

Kami di bawa keliling sekolah dan memasuki kelas untuk melihat bagaimana murid-murid di sana belajar. Sambil kami menyelam, kami minum air. Saya pula mengambil perluang untuk berkenalan dengan murid-murid di sana. Mereka sangat peramah dan seronok untuk bercakap dengan. Kami tidak berlengah-lengah untuk bertukar emel dan mengambil gambar.

Pada keseluruhannya, saya rasa sangat seronok ke Bintan dan saya telah mempelajari banyak tentang pulau itu.

Wednesday, January 24, 2007

Topik yang sering dibincangkan di dalam kelas pada penggal ini ialah tentang sejarah Melayu dan bagaimana ia sampai ke kepulauan yang dinamakan Melayu ini. Cikgu telah memberi saya sedikit sebanyak tentang sejarah Melayu, dan dari mana kita berasal. Menurutnya, kami berasal dari negeri Cina, terutama sekali di Pulau Hainan. Bangsa cina Hainan kemudian berhijrah ke kepulauan melayu seperti Malaya, Indonesia dan ada juga tercampak hingga ke Madagascar!

Sempena meninjau kembali sejarah wujudnya melayu, Cikgu Yanti telah menyusunkan supaya kami, iaitu murid-murid tahun 2 akademi Temasek yang mengambil bahasa melayu lanjutan, untuk ke perpustakaan nasional untuk menghadiri dua bengkel pada dua sabtu yang lalu. Bengkel yang telah saya hadiri dilangsungkan sempena dengan pameran barang-barang antik seperti tulisan lama dan artifek-artifek lama pada zaman dahulu.

Sebelum ke bengkel yang pertama, saya rasa amat ghairah dan tertarik kepada program bengkel ini kerana ia tentang tulisan melayu lama. Cikgu telah memberi kami sedikit informasi tentang tulisan melayu lama seperti dalam bentuk Sanskrit dan juga Pallava. Jawi juga adalah salah satu bentuk tulisan melayu yang digunakan pada zaman dahulu.

Pada mulanya, pengacara bengkel tersebut telah memberi kami latar belakang penganjur bengkel ini. Mereka dipanggil MVAC(Mediterranean Visual Arts Club). Mereka mendalami penulisan dan lukisan timur tengah.

Semasa menghadiri bengkel yang pertama pada tanggal 13hb Januari yang lalu, saya telah didedahkan kepada pelbagai tulisan arab. Pelukis-pelukis yang mahir membentukkan tulisan ini memanggilnya calligrafitti. Mereka menggabungkan calligrafi dengan graffiti. Pada pendapat saya, ini adalah cadangan yang baik kerana ia dapat menarik minat golongan yang muda seperti saya untuk mencuba.

Contoh-contoh tulisan arab ditulis dengan cara-cara yang unik adalah seperti diwani, kufic, thuluth, naskh, dan lain-lain lagi. Menurut pelukis, jika seseorang dapat menulis dalam kesemua 7 cara-cara yang unik ini, beliau boleh menguasai segala macam tulisan yang lain. Saya juga diberitahu bahawa tulisan jawi diturunkan ke kepulauan Melayu daripada pendagang yang datang daripada negeri Arab. Itulah sebabnya tulisan Melayu bertukar daripada Sanskrit ke Pallava tukar ke jawi, dan akhirnya tulisan rumi.



Contoh tulisan Sanskrit


Contoh ukiran Pallava


Contoh tulisan Jawi


Tulisan huruf arab cara Diwani


Tulisan huruf arab cara Thuluth


Tulisan arab cara kufic

Setiap cara penulisan ada keunikannya yang tersendiri. Contohnya, thuluth yang bermaksud tiga dalam bahasa arab, bermaksud tulisannya panjang pada ekor perkataan. Penulisan yang paling saya gemar ialah Diwani kerana ia cantik dan lain daripada yang lain. Menurut pelukis juga, cara penulisan ini di konteks zaman sekarang lebih digunakan sebagai perhiasan kecuali Naskh, yang digunakan untuk menulis ayat di dalam kitab Al-Quran.

Setelah kami diberi latar belakang dan minda kami diisi informasi, kami diberi peluang untuk mencuba menulis nama kami dalam tulisan arab. Inilah masa yang paling seronok kerana saya asyik tertawa sahaja melihat gelagat rakan-rakan saya yang lain cuba menulis nama mereka dalam jawi.

Dalam kesulurahannya, bengkel yang pertama sangatlah menyeronokkan kerana saya dapat mencuba dan mengetahui cara-cara penulisan yang menarik. Pada pendapat saya ia telah memanfaatkan saya kerana sekarang saya boleh menulis calligraffitti jika saya mahu menghias kerja-kerja saya.



Akhir bengkel pertama

Bengkel yang kedua pula jatuh pada tarikh 20hb Januari pada sabtu yang baru berlalu. Kali ini, kami telah menghadiri syarahan oleh Encik Tran Ky-Phuong seorang pengkaji dan pensyarah dari Vietnam Association of Ethnic Minorities Culture and Arts. Beliau telah bercakap tentang golongan kerajaan Champa di Vietnam yang telah wujud sejak abad ke 4. Mereka telah dipercayai menetap di Vietnam sejak dahulu lagi dan telah menggunakan bahasa yang digunakan oleh golongan Austronesian yang seakan-akan dengan bahasa Melayu.

Menurut Encik Tran, wujudnya banyak perubahan dalam bahasa mereka kerana adanya bukti bahawa Sanskrit, Pallava dan Jawi juga telah dijumpa pada ukiran-ukiran. Ia dikatakan datang daripada pendagang-pendagang yang bukan sahaja membawa barangan untuk dijual, malah membawa dengan mereka agama dan bahasa dengan tujuan untuk mempengaruh orang-orang yang berada di tempat mereka mengunjungi.

Semasa syarahan itu, saya tidak dapat memahami sepenuhnya apa yang diperbualkan Encik Tran kerana telonya yang luar biasa. Isi yang dibentangkan juga tidak memuaskan kerana beliau hanya menunujukkan artifek-artifek sahaja, tetapi beliau tidak bercakap tentang apakah sifat orang di Champa ini yang dianggapkan mereka sebagai orang Melayu.

Akhirnya, apa yang saya dapat memahami daripada pembentangan itu ialah orang di Champa bukan orang Melayu, malah mereka hanya menguasai bahasa Melayu. Yang menjadi persoalan, apakah yang dimaksudkan Melayu? Adakah ia semata-mata sejenis bahasa, ataupun adakah ia sejenis golongan yang berkulit hitam manis, mempraktikan adat Melayu dan juga bertutur dan memahami bahasa Melayu?



Akhir bengkel kedua bersama Encik Tran dan Cikgu Elina

Monday, January 01, 2007

Muzikal Puteri Gunung Ledang

Apabila soal sejarah Melayu ditimbulkan, saya akan gerun kerana saya tidak gemar sekali dengan subjek sejarah, baik sejarah Singapura, apatah lagi sejarah Melayu. Sejauh pengetahuan saya boleh membawa saya, saya hanya diberi peluang untuk mendalami sejarah Melayu pada tahun ini, semenjak saja menjejaki Akademi Temasek. Muzikal Puteri Gunung Ledang pula membuka lagi ruang untuk saya mempelajari sejarah Melayu yang kini semakin menarik, pada pendapat saya.

Apabila saya diberitahu bahawa saya diberi peluang untuk menonton Muzikal Puteri Gunung Ledang, saya sangat ghairah kerana ia sebuah wadah yang unik untuk menyampaikan sejarah melayu. Semasa elektif saya baru-baru ini, saya mempelajari bahawa Hang Tuah dan Puteri Gunung Ledang wujud dalam sejarah Melayu kita. Tetapi mereka tidak wujud dalam era yang sama, lantas mereka tidak menyembah Sultan yang sama. Dengan itu, apabila saya mendapat tahu tentang jalan cerita Puteri Gunung Ledang, saya naik hairan mengapa ceritanya diubah sehingga kedua-dua watak sejarah ditemukan. Renungan saya lebih kepada persoalan mengapa era yang berlainan ini digambungkan.

Saya tidak membuat banyak tanggapan sebelum menonton Muzikal ini, tetapi saya membuat satu atau dua tanggapan yang tidak tepat. Saya menanggap bahawa muzik yang digunakan dalam muzikal ini ada unsur Melayu seperti zapin, dondang atau sebagainya. Malah muzik yang digunakan lebih moden dan penuh gah, lain daripada muzik tradisional Melayu. Ada kata ia seperti lagu-lagu yang dimainkan semasa Hari Kebangsaan. Pada mulanya, saya berpendapat bahawa bahasa bangsawan akan digunakan dalam dialog dah saya tidak dapat memahami dialog mereka, tetapi tanggapan saya tidak tepat kerana walaupun dialog ditulis secara puisi dan adanya unsure-unsur bangsawan, saya tetap dapat memahaminya kerana bahasa yang digunakan dalam Muzikal ini amat mudah difahami.

Banyak pelajaran boleh dipelajari daripada Muzikal ini. Saya dapat mempelajari bahawa kesetiaan seseorang itu boleh sampai ke tahap di mana dia sanggup mengorbankan cinta semata-mata untuk menunjukkan kesetiaan. Contohnya ialah pada Hang Tuah yang sanggup meninggalkan Puteri Gunung Ledang untuk sultannya. Walaupun perkara yang dilakukannya tidak munasabah jika dibandingkan pada zaman sekarang, ia tetap dapat menunjukkan tahap kesetiaan.

Akhir sekali, banyak lagi tentang sejarah Melayu yang boleh saya mempelajari. Walaupun saya tidak gemar membaca tentang sejarah melayu, cara-cara seperti menonton muzikal, menonton filem atau lebih seronok lagi, melakonkan sebuah sejarah Melayu. Ia dapat memberi saya lebih peluang untuk mempelajari sejarah saya ini.

Mengimbas kembali pengalaman saya..


Semasa menunggu masa untuk masuk ke dewan..


Saya dengan Nadh, di dalam dewan


Cepatlah buka tabir!


Masa rehat, sempat ambil gambar?


Tiara serta Stephen!


Pasangan HANGAT!


Semasa sesi temuramah..


MUZIKAL TERHEBAT :D