Tuesday, June 20, 2006

Dari festival yang mempunyai lagendanya, kita berpaling pula ke festival bersuka-ria di negara yang lain dan yang bukan, Tokyo!




Di Tokyo, pada setiap bulan Julai, pada tanggal 29, sebuah pesta bungai api akan diadakan di sungai Sumida, di nama tempatnya, Sumida Gawa. Pesta ini diadakan tahunan di tempat yang sama. Bagi mereka yang gemar pada bunga api, lagi-lagi rakyat Singapura kerana di sini pameran bunga api tidak pasti sehebat yang ada di Tokyo, mereka harus turun ke Tokyo hanya untuk pesta ini.

Pameran bunga api yang terbesar di Tokyo, dinamakan Hanabi Taikai. Ia adalah yang terhebat dan terbesar sekali. Kedai-kedai menjual makanan dan minuman meriahkan lagi pesta itu.

Ia dikatakan lebih dari 20 000 roket mengandungi bunga api yang spektakular ini akan ditembak dari tepi tebing sungai itu. Pameran ini akan berlangsung selama satu jam.

Pesta ini bukan sahaja mengumpul mereka yang berminat, malah, ia menjadi sebuah pertandingan untuk pembuat-pembuat bunga api untuk menunjukkan kehebatan produk mereka.

Bagi mereka yang ingin menonton pameran ini dengan lebih baik, mereka digalakkan manaiki boat untuk ke tengah sungai itu. Tetapi mereka harus tidak berlengah-lengah kerana tempat-tempat tidak dapat mencukupi semua penonton.

Seperti setiap kegemaran orang Tokyo, bunga api mula diturunkan dari negeri Cina ke Jepun dan semenjak itu, bunga api menjadi salah satu tradisi bagi setiap perayaan dan pesta ketika musim panas.

Mungkin pada pendapat saya, bunga api sungguh meriah dan seronok, ia menjadi daya tarikan bagi ramai dan dengan itu ia menjadi sesuatu perkara yang mengagumkan ramai.

Pesta Bunga Api Sungai Sumida pasti akan menarik perhatian ramai orang, bukan sahaja di Tokyo malah seluruh Jepun kerana ia paling terbesar dan menarik di seluruh Tokyo. Tentunya ia sesuatu yang mesti dikunjungi.

No comments: