Asia menjadi pilihan saya kerana ia adalah benua yang mempunyai banyak negeri yang penuh dengan tradisi. Dan dengan wujudnya tradisi dan adat, pesta-pesta juga akan wujud dalam negara itu.
Pesta Loy Krathong, Thailand.
“Loy loy krathong.. Loy loy krathong..”
Pernahkah anda mendengar lagu ini dinyanyikan di mana-mana? Jika tidak, untuk pengetahuan anda, ia dinyanyikan pada pesta Loy Krathong atau dikenali sebagai Yi Peng, di utaranya, di Thailand. Pesta ini berasal dari negeri Thailand sendiri dan ia diraikan pada bulan Oktober dan November ketika air di sungai sudah penuh, menunjukkan tamatnye musim tengkujuh. Ini memberi pekebun masa untuk berehat setelah bekerja keras di lading padi selama tiga bulan yang lepas, ketika musim hujan. Dan semasa musim berehat ini, banyak pesta akan diraikan, dan salah satu pesta yang diraikan oleh orang-orang Thailand ialah, Loy Krathong.
Pesta ini diraikan dengan pelbagai sebab. Pada yang memercayai akan kebaikan pesta ini, mereka percaya bahawa Loy Krathong berasal daripada zaman kerajaan Sukhothai bawah arahan Raja Rama Kamhaeng pada abad yang ke-13. Isterinya, Nang Nobamas, telah menunjukan adat membuat Krathong serta meletakkanya di sungai untuk dibawa mengikut arus. Setelah melihat isteri kesayangannya membuat demikian, beliau menjadi kagum, lantas mengisytiharkan Loy Krathong sebagai pesta rasmi di Thailand.
Ada yang memercayai adat melepaskan Krathong dibawa arus sungai adalah cara seorang Brahman menghormati yang telah mati atau secara untuk memohon akhirnya musim hujan. Ada pula yang mempunyai lain kepercayaan tentang Loy Krathong di mana mereka meraikan Loy Krathong kerana akhirnya musim menuai padi atau menunjukkan keinsafan dari perbuatang yang mencemari sungai ataupun menghormati Tuhan mereka yang menjaga sungai, iaitu Mae Khong Kha. Yang lain pula memercayai bahawa ia dapat membuang balak serta diampunkan segala dosa yang telah dibuat selama tahun yang telah berlalu.
Apakah makna sebenar Loy Krathong? “Loy” bermaksud “untuk menerapung” dan “Krathong” bermakna “cawan daun” yang selalunya dibuat dengan melipat daripada daun pisang. Cawan ini pula akan digunakan untuk meletakkan sesuatu di dalamnya. Cawan daun ini boleh didapat setiap tahun di pasar, beberapa hari sebelum bulan menjadi penuh pada bulan November di mana ia telah dibuat khas untuk pesta ini.
Krathong ini akan dijual secara besar-besaran sebelum tibanya hari ini. Menurut penduduk-penduduk di Thailand, Krathong itu akan diisikan dengan lilin ataupun duit syiling. Kerana isu kebersihan, hanya bahan-bahan asli digunakan untuk membuat Krathong supaya ia tidak menjadi sampah sarap. Ini dilakukan dalam usaha untuk menangani kerosakan alam.
Pada malam Loy Krathong, di mana bulan sudah penuh, ramai orang akan berkumpul di tepi sungai atau kolam yang penuh dengan air. Pesta Loy Krathong lebih meriah di tempat asalnya, Sukhothai. Setiba di tebing sungai, mereka akan menghidupkan lilin dengan api dan meletakkannya atas Krathong. Setelah itu mereka akan meletakkannya di atas air serta meminta keiinginan mereka. Lalu mereka akan melihat Krathong itu dibawa arus sungai hingga ia hilang di dasar sungai itu.
Seperti di setiap pesta yang besar-besaran, persembahan bunga api akan diadakan untuk meriahkan lagi pesta ini. Sebuah pertandingan untuk mencari ratu yang tercantik juga menjadi aksi yang penting dalam pesta ini, menurut lagenda asalnya pesta ini. Ia sempena menghormati wanita-wanita yang telah bekerja keras.
Ratu-ratu meletakkan Krathong atas permukaan air sungai, menyambut Pesta Loy Krathong.
Contoh-contoh Krathong yang cantik-cantik belaka.
Dan itulah pesta yang dipanggil, Loy Krathong.(:
Monday, June 19, 2006
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment