Assalamualaikum wr wb!
Sebetulnya, entri patut ditulis dua minggu lalu. Maaf ya, saya terlalu sibuk sehingga mengabaikan kerja sekolah saya yang satu ini.
Sebelum saya bermula, saya mahu mengucapkan selamat hari jadi kepada Atiqah dan Warda yang sudah mencapai usia 15 tahun!
Selamat hari jadi
Selamat hari jadi
Selamat hari jada kepada ATIQAH dan WARDA
Selamat hari jadi!
Dan dan dan dan, ESOK HARI JADI SAYA! YAY YAY!
AH! Saya harus menulis lagi satu entri, panjangnya 300 perkataan! Okay, lebih cepat saya menghabiskan entri ini, lebih cepat saya akan dapat memulakan entri yang lagi satu.
Baiklah, saya akan menceritakan tentang minggu elektif saya yang telah berakhir. Saya berasa sangat lega yang elektif saya sudah habis kerana ia sungguh membosankan! Pada hari yang terakhir elektif itu, hati saya berdebar-debar menantikan tamatnya kelas. Saya sungguh jahatkan?
Setelah berakhirnya minggu elektif saya, mulalah pula cuti sekolah penggaln satu. Rasanya seperti sungguh cepat begitu ia lalu. Dengan sekelip mata sahaja penggal dua sudah bermula.
Pada hari Isnin lalu, kami(saya, warda, atiqah, dinie dan nadhirah) manghadiri pelancaran kelab obor di sekolah menengah bedok view di mana ramai lagi murid-murid dari sekolah lain turut dijemput menghadiri majlis itu. Apabila saya tiba di sekolah itu, saya dengan segera berjumpa dengan cikgu elina serta rakan-rakan lain saya. Kami disuruh memakai tali leher kami dengan rapi kerana ada ramai wartawan suratkhabar dari akhbar Berita Harian.
Kami disuruh ke dewan serbaguna di tingkat dua sekolah itu. Sementara menunggukan kedatangan tetamu terhormat, Encik Tharman Shanmugaratnam, kami didendangkan lagu oleh Umbara, sebuah kumpulan penyanyi lokal.
Kami mendengar upacara Encik Tharman dalam bahasa melayu dan inggeris dan setelah itu kami menonton nyanyian oleh tiga murid sekolah Bedok View. Saya sangat gemar melihat penyanyi yang paling kecil, sungguh comel sekali!
Setelah majlis pelancaran kelab itu tamat, kami dijemput untuk menjamu selera. Apa lagi, saya pergi makanlah. Perut saya berkeroncong pada masa itu kerana terlalu lapar!
Sekian sahaja entri saya untuk kali ini. BYE!
Thursday, March 23, 2006
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment