ASSALAMUALAIKUM WR WB.
Saya rasa saya sepatutnya menulis sebuah entri minggu lepas, nampaknya saya terlupa. Beribu ribu ampun ku pinta. Cheywah. Dah mula merepak nampak izyan.
Saya akan memblog tentang minggu lepas, di mana saya telah menghadiri kelas-kelas elektif saya yang cukup membosankan. Apa tidak? Tiap-tiap hari kami akan ke kelas komputer di tingkat dua yang berdekatan dengan auditorium. Tempatnya sunyi, tidak seperti suasana di kantin yang amat riuh rendah. Setiba sahaja di dalam bilik komputer itu, kami akan menantikan guru kami, Mr Veera.
Mari kita dengar sedikit tentang Mr Veera.
Orangnya baik, tetapi aneh. Beliau guru elektif kami. Oh ya, elektif kami ialah Media Matrix. Ia mengajar kami tentang alam media. Di mana kami akan belajar tentang hal-hal surat khabar, radio, televisyen dan sebagainya. Memang ia nampak seperti seronok, tetapi apabila kami mengahdiri kelasnya, ia tidak best. Setiap kali kami ke kelas elektifnya, kami hanya mendengar apa yang beliau kata, sekali-sekala beliau akan menyuruh kami menjawab soalannya, dan jika kami hanya berdiam sahaja, beliau akan naik marah. Saya memerhatikan yang beliau panas baran orangnya. Senang panas darah. Perangainya itu menakutkan kami. Tetapi, saya kadangkala merasa serba salah kerana, jika kami bercakap, kami takut dimarahinya kerana terlalu bising, tetapi kalau kami berdiam sahaja, beliau juga akan menegur kami. Aneh bukan? Oh ya, dan Mr Veera ini sering bercakap tentang topik pergaduhan dan perkara-perkara selaras dengannya.
...
Saya telah menghadiri kelasnya cukup seminggu dan saya tidak sabar untuk kelas elektif berakhir kerana ia sungguh membosankan! Setiap hari, kami hanya belajar lebih kurang satu jam setengah. Setelah kelas elektif, kami tiada kelas-kelas lain dan jika kami dibenarkan, boleh pulang ke rumah. Tetapi, malangnya, kami hanya dibenarkan keluar sekolah pada pukul 12.30 tengah hari! Maklumlah, peraturan sekolah. Dengan itu, kami, budak-budak program bersepadu, akan ke kantin dan menunggu masa untuk pulang. Kebanyakkan dari kami akan bermain dengan komputer riba kami. Ada yang bermain permainan di dalam komputer mereka, ada pula membuat projek. Saya pula akan berchat dengan kawan-kawan saya.
Baiklah. Tentu sesiapa yang sedang membaca entri saya ini terasa mengantuk. Maklumlah, saya ini bukan begitu bagus menulis dalam bahasa melayu. Tidak seperti rakan-rakan saya yang lain, yang kagum dengan menulis sajak. Saya tidak mampu menulis sajak sebagus itu.
Saya hendak berchat dengan kawan saya. BYE BYE :D
Wednesday, March 08, 2006
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment