Thursday, March 23, 2006

AHH!! Cuti sekolah sudah tamat! Dan penggal dua sudah bermula! Saya seperti tidak dapat berehat dengan sepenuhnya. Masih letih daripada aktiviti semasa cuti sekolah yang lalu.

Gema Temasek jatuh pada bulan Mei yang akan dating dan kami anak-anak temasek sedang bekerja keras untuk persembahan kami itu. Saya mengambil bahagian dalam dikir barat!

DIKIR BARAT BEST!!!

Saya bukan sahaja dapat menyanyi, malah dapat memekik sambil menyanyi. Sungguh menyeronokkan! Jika saya masih berada di Anderson, saya tidak akan dapat mempelajari dikir, malah saya tidak akan dapat membuat perkara-perkara tradisi melayu secara mendalam.

Pada mulanya saya mahu menyertai tarian kerana 4 dari enam kawan-kawan saya mahu menyertai tarian, tetapi, akhirnya saya memilih dikir kerana saya tidak dapat menari dengan gaya lembut dan manis. Maklumlah, saya ini agak rugged orangnya.

Semasa cuti penggal satu, kami disuruh ke sekolah untuk mempraktikkan dikir kami dan pada pendapat saya, kumpulan perempuan lebih hebat daripada kumpulan lelaki. Saya sangat gemar dengan suara juara dan karut kami yang sedap-sedap belaka. Bukan itu sahaja, yang lain-lain juga boleh menyanyi dengan baik!

Latihan dikir, 3 jam sehari, selama dua hari berturut-turut itu telah mengeratkan lagi pertalian silaturrahim saya sesama rakan-rakan maktab rendah satu. Mereka sungguh ghairah sekali apabila kami mempersembahkan dikir kami.

Pada hari jumaat pula saya telah ke latihan hoki. Saya sangat gemar dengan PDP saya itu. Hoki sungguh memenatkan tetapi memuaskan. Saya telah ke kedai di Queensway untuk membeli sebatang kayu hoki yang berwarna putih, oren dan biru. Saya telah jatuh cinta dengan sukan hoki. Ia telah membuat saya lebih sihat dan telah menguatkan stamina saya. Dahulu saya hanya mampu berlari anak-anak sejauh 1/2km sahaja, sekarang saya dapat berlari 2km tanpa henti dan saya tidak rasa begitu penat. Sungguh menakjubkan tetapi saya rasa berkat keteguhan menahan penat semasa setiap latihan hoki berbaloi juga.

Sekian sahaja entri saya pada hari ini.

BYE!

No comments: